PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Bg. 1

Bismillahirrahmanirrahim.

A good deed done to an animal is like a good deed done to a human being. While an act of cruelty to an animal is as bad as cruelty to a human being. ~Prophet Mohammad peace be upon him~
*********************************
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN 

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak meningkat mengikut usia.


1. Pertumbuhan
Definisi
  • Woolfolk dan Margetts (2007) - pertumbuhan ialah perubahan dalam saiz dan kematangan. Dari segi fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak. 
  • Pertumbuhan - perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringat ke peringkat yang lain.
Ciri-ciri Pertumbuhan
  • Bersifat kuantitatif - dapat dilihat dan diukur.
  • Saiz dan struktur badan bertambah - kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal.
  • Saiz otak dan organ-organ dalaman bertambah - keupayaan untuk menaakul dan mengingat bertambah. Melibatkan aspek kognitif dan fizikal.
  • Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibu bapa dan persekitaran individu.
  • Kadar pertumbuhan antara setiap individu adalah berbeza dan berlaku secara berperingkat.


2. Perkembangan 
Definisi
  • Santrock (2008)- perkembangan ialah perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi indiviu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. 
  • Perkembangan - perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang lebih awal. 
Ciri-ciri perkembangan
  • Bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.
  • Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu.
  • Perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu. Kematangan- perubahan semula jadi dan ditentukan oleh genetik.
  • Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
  • Hasil daripada kematangan dan pembelajaran.
3. Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan.


Pertumbuhan
Perkembangan
Fizikal
Peningkatan dalam saiz – perubahan tinggi, berat badan, gigi.
Proses individu memperkembangkan kemahiran psikomotor. Kemahiran menggunakan anggota badan.
Kognitif
Keupayaan berfikir.
Kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif dan kritis.
Emosi
Perasaan gembira, sayang, marah, cemburu.
Kemahiran mengurus dan mengawal emosi.
Sosial
Menjalin perhubungan dengan golongaan di persekitaran.
Kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan pelakuan yang baik.
4. Prinsip asas perkembangan

Proses perkembangan berlaku mengikut aturan.
  • Contoh : perkembangan bayi mula dengan duduk dengan bantuan->merangkak->berdiri->berjalan.
  • Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak.
  • Contoh : dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik.
  • Contoh : Seorang bayi mengenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
  • Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar dahulu sebelum beransur ke otot-otot kecil.
Proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara berterusan.
  • Kanak-kanak menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran sedia ada dijadikan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru.
Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia adalah berbeza untuk setiap individu.
  • Contoh : ada kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang boleh berjalan pada umur 18 bulan.
  • Salah satu faktor perbezaan manusia yang boleh dilihat dalam sebuah bilik darjah.
Perkembangan adalah hasil interaksi antara kematangan dan pembelajaran.
  • Kematangan - kemunculan potensi sedia ada dalam seseorang individu. Dipengaruhi oleh faktor genetik.
  • Pembelajaran- hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. 
5. Faktor baka dan persekitaran.
Baka
  • merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anak. 
  • Trait yang diwarisi daripada ibu bapa terkandung dalam gen-gen ini.
  • Gen-gen ini menguasai perkembangan manusia dan adalah unik bagi setiap individu.
  • Contoh : saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata.
Persekitaran
  • merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu.
  • Termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran.
  • Pengalaman sebelum lahir - pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu.
  • Pengalaman selepas kelahiran - pemakanan, taraf sosio-ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat
Genetik tingkah laku
  • bidang yang mengkaji tentang peranan baka dan persekitaran dalam perkembangan individu. 
  • Thomas J. Bouchard  Jr. menyokong pengaruh baka ke atas trait-trait seperti kecerdasan dan emosi. 
  • Faktor persekitaran memainkan peranan dalam perkembangan pada peringkat awal.
  • Pengaruh baka lebih menonjol apabila kanak-kanak mencapai awal dewasa. 
  • Aspek minat kerjaya lebih dipengaruhi oleh perkongsian pengalaman atau persekitaran.
  • Sesetengah penyakit dipengaruhi oleh genetik.
Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner
  • Persekitaran kanak-kanak terdiri daripada satu set sistem sosial yang kompleks dan saling berinteraksi.
Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner
  • Lima lapisan sistem
  • Mikrosistem -persekitaran terdekat dengan dunia kanak-kanak. Mewakili hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa, penjaga, adik-beradik, rakan, jiran dan guru. Faktor yang mempengaruhi kanak-kanak : (1) sikap ibu bapa (2) tingkah laku atau respon kanak-kanak (3) hubungan antara ibu bapa.
  • Mesosistem - melibatkan interkasi antara (1) ibu bapa dengan pengasuh, (2) ibu bapa dengan jiran,  (3) ibu bapa dengan sekolah, dan (4) sekolah dengan jiran.
  • Eksosistem - organisasi yang tidak melibatkan kanak-kanak tetapi mempunyai pengaruh secara langsung kepada kanak-kanak. Contoh : peraturan tempat kerja ibu bapa. Merangkumi saudara mara dan rakan ibu bapa yang dapat membantu keluarga.
  • Makrosistem - mewakili norma-norma, nilai dan amalan masyarakat.
  • Kronosistem - persekitaran tidak kekal sama dan berubah mengikut peredaran masa. Contoh : kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga. 
Sumber : Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. Perkembangan Kanak-kanak

No comments:

Post a Comment