PENDIDIKAN ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim.


PENDIDIKAN ISLAM

A.      Pengertian Pendidikan Islam menurut :
1.       Abdul Halim El-Muhammady, 1993 : Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Al-Quran dan As-Sunnah, pengalaman Salaf al-Soleh serta ilmuan muktabar. Proses tersebut bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh dan mampu untuk memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkkan oleh Allah S.W.T. ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
2.       Al- Ghazali (1058-1111 CE) : Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
3.        Mohd. Qatb : Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani individu ke tahap kesempurnaan. 
4.       Abdul Halim Haji Mat Diah, 1989 : Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam.

B.      Dasar Pendidikan Islam 
    Hassan langgulung ( 1979 ) ; Terdapat 7 perkara yang menjadi dasar pendidikan dalam Islam iaitu :
  1. Ke esaan Allah
  2. Kepercayaan kepada nabi dan rasul
  3. Kepercayaan kepada wahyu Allah yang diturunkan kepada nabi dan rasul .
  4. Semulajadi manusia tidak berdosa dan ia sangat berpotensi dalam perkembangan moral dan kerohanian .
  5. Seseorang bertanggungjawab atas tindakannya sendiri .
  6. Kehidupan sesudah mati .
  7. Persamaan dan persaudaraan sejagat umat Islam .
C.      Tujuan Pendidikan Islam
a.       Mendidik murid supaya berakhlak mulia.
b.      Mendidik roh supaya halus dan sempurna.
c.       Mengasuh murid melakukan yang baik, terhormat dan mulia.
d.      Membiasakan urid dengan adab-adab mulia.
e.      Membiasakan murid dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalan-amalan mulia.
D.      Matlamat Pendidikan Islam

1. Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggunngawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. yang bertakwa (berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah).
2. Melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman, 
dan damai dan seterusnya mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat.

E. Bidang Pendidikan Islam


No comments:

Post a Comment