KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN Bg. 2

Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim.

"If someone corrects you, and you feel offended, then you have an ego problem."
-Nouman Ali Khan-
********************************
KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN 
CABANG-CABANG FALSAFAH

1. Metafizik/Ontologi
  • mengkaji perkara-perkara seperti sifat realiti, apa-apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya.
  • menurut kamus, "...yang jauh melangkau alamfizikal atau kebendaan."
  • bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
  • mengutarakan soalan seperti : Apa itu kebenaran? Adakah Tuhan wujud? Siapa itu manusia?
2. Epistemologi
  • mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.
  • berasal daripada perkataan Yunani, episteme = ilmu/sains. & logos = keterangan.
  • fokus kepada ilmu dan tuntutan ilmu.
  • mengutarakan soalan: Apa itu ilmu? Apakah sumber-sumber pengetahuan? 
  • juga tertumpu kepada cara memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu.
         Sumber-sumber ilmu
  • Wahyu - pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum.
  • Berasaskan pengalaman pancaindera - apa-apa yang dilihat, didengar, dirasa, disentuh dan dibau. Mungkin kurang tepat.
  • Intuisi- pengetahuan yang diperoleholeh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari.
  • Pandangan pakar bidang berkenaan - berdasarkan ilmu dan kemahiran yang yang dipunyai.
  • Logik-mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya mengetahui sesuatu.
  • Kaedah saintifik - melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisian data secara sistematik.
3. Axiologi
  • berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud nilai.
  • mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, dan cantik atau hodoh.
  • merangkumi dua aspek, (1) etika, (2) estetika.
     (1) Etika
  • memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan.
  • tiga bidang asas.
  • Meta ethics -  kajian tentang konsep etika;
  • Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai;
  • Applied ethics - kajian tentang penggunaan nilai.
     (2) Estetika
  • merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan. 
  • tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.
4. Logik
  • menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi. 
  • membezakan antara yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.
  • dua jenis logik:
  • Logik induktif -  butiran khusus-->membuat penaakulan terhadap butiran tersebut --> membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.
  • Logik deduktif - kesimpulan umum -->cari contoh-contoh relevan bagi menerangkan kesimpulan-->butiran yang terhasil secara logik.

Sumber : Choong L.K.(2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment