PENGERTIAN KONSEP PERSONALITI

Bismillahirrahmanirrahim.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a :
 Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”. (0033)
 Sahih Muslim
*********************************
PENGERTIAN KONSEP PERSONALITI

Perkataan personaliti berasal daripada perkataan persona yang bermaksud topeng yang digunakan oleh penggiat seni semasa pementasan.


1. Manusia dibezakan menerusi dua aspek iaitu kemampuan dan personaliti
  • Aspek kemampuan - pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan dan bakat.
  • Aspek personaliti - watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi.
2. Pandangan pengkaji personaliti 
a. Allport(1961)
  • Personaliti merupakan satu organisasi dinamik sistem psikofizik yang ada dalam diri individu.
  • Personaliti menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian individu dengan persekitarannya. 
b. Crow dan Crow (1983)

  • Personaliti biasanya digunakan untuk menghuraikan watak fizikal seseorang, corak pertuturan atau daya penarik yang dimilikinya. 
c. Rogers (1951)
  • Personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu seperti cara berfikir dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.
d. Eysenck (1955)
  • Personaliti ialah satu organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang akan menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitaran.
  • Personaliti merupakan keseluruhan pola tingkah laku sesuatu organisma.
e. Sigmund Freud 
  • Personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang individu iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri. 
f. Maddi (1980)
  • Personaliti berkaitan dengan pemikiran, mental-emosi dan tingkah laku seseorang.

No comments:

Post a Comment