KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN Bg. 3

Bismillahirrahmanirrahim.
********************************
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN
***
Konsep Pendidikan

1. Istilah pendidikan - education
  • berasal daripada perkataan latin, educare yang bermaksud "memelihara atau mengasuh".
2. Kamus Pendidikan (1979)
  • Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia
  • Satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta pengalaman peribadi.
  • dijalankan dalam satu suasana terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai "sekolah".
3. John Dewey (1859-1952)
John Dewey
  • Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan mempertingkatkan kedudukan manusia.
  • Sekolah - satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.
4. Yusuf al Qardawi (1980)
Yusuf al-Qardawi
  • Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku.
  • Bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang serig menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
5. Hassan Langgulung (1987)


Hassan Langgulung
  • Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu.
  • Cara-cara proses pemindahan berlaku.
  • 1. pengajaran - pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain.
  • 2. latihan - membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran.
  • 3. indoktrinasi - menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.
  • Ketiga-tiga cara berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden. 
6. Tokoh-tokoh Barat
a. Friedrich Froebel (1782-1852) 
  • Pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia. 
b. John Milton (1608-1674)
  • Pendidikan yang lengkap dan sempurna membolehkan manusia bertindak secara adil dan bertimbangrasa dalam segala bidang kerja pada setiap masa.
7. Tokoh-tokoh Timur
a. Confucius (551-479 BC)
  • Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. 
b. Rabindranath Tagore (1861- 1941)
  • Pendidikan merupakan proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani.
  • seorang yang berpendidikan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. 
8. Tokoh-tokoh Islam
a. Al- Ghazali (1058-1111 CE)
  • Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
b. Mohd. Qatb
  • Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
  • Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani individu ke tahap kesempurnaan. 
***
Konsep Falsafah Pendidikan

1. Fungsi pendidikan
  • proses sosialisasi - memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi antara satu sama lain agar membantu mereka menjadi dewasa.
  • pembentukan budaya - mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya.
  • integrasi sosial - manusia bersifat lebih bersatu padu hasil pengajaran nilai-nilai budaya dan norma tertentu.
  • penempatan sosial - pencapaian di sekolah berasakan pencapaian akademik. Kejayaan akademik asas kejayaan sosial pada masa depan.
2. Falsafah pendidikan
  • satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asa berhubung dengan pendidikan.
3. Tumpuan pendidik.
  • Jenis pendidikan yang dihasratkan untuk anak-anak.
  • Tujuan pendidikan.
  • Peranan pendidikan untuk diri dan masyarakat.
  • Perkara yang wajar diajar di sekolah.
  • Kaedah pengajaran yang sesuai.
  • Peranan guru.
  • Kaedah memahami anak murid dengan lebih berkesan.
  • dan sebagainya...
4. Kepentingan falsafah pendidikan bagi seorang guru.

Membantu seorang guru untuk memahami asas-asas teoritikal berhubung dengan pendidikan khususnya proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Pengetahuan asas ini mempengaruhi amalan seseorang guru.
  • Contoh : Guru yang berpegang kepada falsafah Froebel yang menyatakan bahawa minda pelajar diumpamakan sebagai 'tabula rasa' (papan putih) berusaha mencorakkan minda pelajarnya agar dilengkapi ilmu, kemahiran dan nilai yang penting melalui pelbagai kaedah, pendekatan, strategi dan teknik pengajaran.

Sumber : Choong L.K. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang sangat manfaat. Mohon keizinan untuk panjangkan amal jariah ini.

    ReplyDelete