KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN Bg. 1

Bismillahirrahmanirrahim. 

Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu...

Kurang seminggu sebelum peperiksaan. Teguhkan hati ini agar tetap memperhambakan diri kepada-Mu. Agar tidak leka dengan dunia, tempat singgah yang sementara ini. Agar tetap teguh niat, ikhlas menuntut ilmu kerana-Mu. 

********************************************

KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN

PENGERTIAN FALSAFAH

1. Etimologi / Bahasa : 
  • Berasal daripada perkataan Yunani  philosophia. philo = cinta. sophia = pengetahuan. 
  • Justeru, falsafah boleh ditakrifkan sebagai "cinta kepada ilmu pengetahuan/ hikmah.
2. Terminologi/Istilah :
  • Socrates : "...ilmu pengetahuan yang merangkumi kebenaran. Terkandung di dalamnya seperti metafizik, logik, retorik, etika, ekonomi, politik dan estetika."
  • Plato : "...ilmu pengetahuanlah yang membolehkan seseorang menuju ke arah pencapaian kebenaran semula jadi."
  • Al-Farabi : "...ilmu pengetahuan mengenai alam maujud (fizikal)."
  • Descartes :" ...segala pengetahuan di mana Tuhan, alam dan manusia menjadi fokus pendidikan."
3. Praktikal - berfikir secara sungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri berikut:
  • berfikir secara sistematik - berfikir secara logik dan berurutan.
  • berfikir secara radikal - berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan penuh tanggungjawab.
  • berfikir secara sejagat - tidak terhad kepada aspek-aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya. 
4. Pendapat Russel (1946)
  • Falsafah terletak di antara teologi (ilmu ketuhanan dan keagamaan) dan sains(sains fizikal dan kemanusiaan).
  • Teologi- falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara-perkara yang belum nyata.
  • Sains- falsafah menggunakan taakulan untuk membuktikan kebenaran yang terkandung. 
5. Pendapat Schofield (1972)
  • Falsafah adalah satu proses menyoal.
  • Adakah semua soalan merupakan soalan falsafah ? Tidak.
  • Mengapa? Kerana secara am, terdapat dua jenis soalan, iaitu soalan empirikal dan soalan teologi. Soalan-soalan empirikal hanya boleh dijawab melalui eksperimen dan taakulan manakala soalan-soalan teologi memerlukan kita bertafakur.
  • Apakah yang difalsafahkan? Semua ilmu pengetahuan termasuk sains dan teologi.
  • Siapa yang berfalsafah? Semua insan.
  • Adakah terdapat perbezaan antara orang biasa berfalsafah dengan ahli falsafah berfalsafah? Ada.
  • Apakah perbezaannya? Apabila ahli falsafah berfalsafah, mereka biasanya akan membentuk idea yang lengkap berpandukan logik dan cara yang tekal, kemudian idea tersebut disebarkan kepada orang ramai. 
Sumber : Choong L.K.(2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

No comments:

Post a Comment