FITRAH KEJADIAN MANUSIA Bg. 3

Bismillahirrahmanirrahim

"When you do not have knowledge, someone could bring you dirt and you will believe it to be gold." 
{Ibn Qayyim}
*********************************
FITRAH KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF BIOLOGI

1. Pendapat ahli sosiobiologi
  • tingkah laku manusia adalah berasaskan arahan-arahan gen yang berkembang dalam diri manusia melalui proses evolusi.
  • interaksi yang kompleks antara gen-gen memberi manusia keupayaan dan kecenderungan untuk membentuk perilaku yang kejam atau penyayang, bersikap altruistik atau tidak, beragama atau tidak, bergantung kepada asuhan, pengalaman dan pengaruh budaya yang mencungkil potensi tersebut daripada himpunan gen dalam diri manusia.
  • fitrah manusia daripada perspektif biologi, asas-asas genetik (seperti baka) dan faktor persekitaran menyumbang kepada pembentukan diri seseorang. 
2. Pengaruh baka dalam sifat semulajadi manusia
  • sifat-sifat tertentu individu kadangkala spesifik kepada suatu kaum atau masyarakat. 
  • contoh 1: sifat fizikal seperti ketinggian atau bentuk badan.
  • contoh 2 : keupayaan dalam sesuatu bidang seperti berlari.
  • contoh 3 : sifat yang sama dalam pertalian saudara.

3. Fitrah kejadian manusia mempengaruhi ketidaksamaan yang dimiliki oleh seseorang. Baka mempengaruhi perbezaan individu daripada aspek:
  • kognitif - tahap kecerdasan seseorang
  • fizikal - warna rambut, mata, kulit, ketinggian dan sbg.
  • emosi - temperamen atau kesabaran dalam menghadapi cabaran.
4. Sifat semulajadi manusia mendorong manusia untuk meneroka persekitaran dan ini membantu mancapai kemajuan sejajar dengan perubahan persekitarannya. Persekitaran turut menyumbang kepada perbezaan individu daripada aspek :
  • Latar belakang keluarga - faktor utama yang mempengaruhi perbezaan individu.   
                                               - ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan betul.
                                               - termasuk suasana isi rumah yang mesra, makanan berzat dan seimbang.
  • Pengaruh rakan sebaya - mendorong perkembangan intelek dan potensi diri individu.
                                              - rakan sebaya yang baik akhlak dan cerdas bantu bentuk peribadi positif.
  • Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat - bentuk falsafah hidup berbeza. melahirkan perbezaan cara hidup. Masyarakat sihat lebih bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, kuat agama dan pegangan rohani yang tinggi.
  • Sumber teknologi - merujuk maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, televisyen, radio dan internet.
  • Guru dan sekolah - guru penyayang dan cekap menguruskan pengajaran dan pembelajaran melahirkan murid yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Sumber : Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Perkembangan Kanak-kanak

No comments:

Post a Comment