Perbezaan Mazhab Perenialisme dan Eksistensialisme


Bismillahirrahmanirrahim.

PERBEZAAN MAZHAB PERENIALISME DAN EKSISTENSIALISME

1. Konsep.  Menurut mazhab perenialisme, secara semulajadi, manusia bersifat sejagat dan abadi. Oleh itu, unsur itu perlu disemai sejak di bangku sekolah. Menurut mazhab eksistensialisme pula, manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Hal ini bermakna, manusia bebas untuk menetapkan matlamat dan membuat keputusan sendiri.
2. Matlamat. Mazhab perenialisme bermatlamat untuk mengajar ilmu yang bbersifat sejagat dan abadi atau yang tidak mempunyai had masa. Mazhab eksistensialisme pula tidak menggariskan sebarang matlamat kerana berpendapat matlamat ditentukan oleh individu masing-masing.
3. Tumpuan
a. Jenis kurikulum
Dari segi jenis kurikulum, mazhab perenialisme menumpukan bidang kemanusiaan dan kesusasteraan kerana bidang ini mmengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia. Mata pelajaran yang disyorkan ialah bahasa, sastera, matematik seni dan sains. Mazhab eksistensialisme pula tidak mempunyai mata pelajaran yang khusus kerana murid-murid bertanggungjawab ke atas pendidikan masing-masing. Walaubagaimanapun, mata pelajaran bersifat falsafah dan estetika seperti seni, kesusasteraan dan drama dianggap relevan.
b. Peranan Guru
Peranan guru dalam mazhab perenialisme ialah sebagai seorang pakar yang bijaksana dan berwibawa dalam menyampaikan ilmu dan membimbing perbincangan berkumpulan serta mendisiplinkan pelajar. Bagi mazhab eksistensialisme pula, guru berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid meluahkan perasaan dan emosi.
c. Kaedah Pengajaran
Bagi kaedah pengajaran, mazhab perenialisme menekankan kaeah didaktik iaitu guru mengajar dan anak murid menerima segala yang disampaikan tanpa menimbulkan sebarang persoalan. Sebaliknya, dalam mazhab eksistensialisme, kaedah mengajar adalah berpusatkan aktiviti dan murid. Kaedah main peranan dan simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid meluahkan perasaan dan pemikiran secara mendalam.
d. Peranan Murid
Dalam mazhab perenialisme, murid memainkan peranan dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing. Mazhab eksistensialisme pula menggalakkan murid-muridnya melibatan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang disediakan

No comments:

Post a Comment