FITRAH KEJADIAN MANUSIA Bg 2

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
"Ya Allah,Ya Tuhanku,lapangkanlah dadaku,mudahkanlah urusanku,
dan hilangkanlah kelu yg ada dilidahku ini".
Surah Taha ayat 25-27.
*********************************
FITRAH KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT PERSPEKTIF AGAMA

1. Agama :
  • Satu set kepercayaan yang berasaskan pengajaran.
  • menyediakan satu model atau blueprint utuk diri dan masyarakat dalam pembentukan nilai dan amalan. 
  • memberi struktur kepada kehidupan manusia dan membantu memenuhi keperluan manusia untuk hidup bersama dan bersosial.
  • memberi kepuasan emosi kepada penganutnya.
  • membantu manusia memahami kejadian di dunia, memberi ketenangan dan harapan dalam kehidupan yang penuh cabaran.
2. Setiap individu berusaha untuk mencari makna kepada kehidupan.
  • bergantung kepada tahap perkembangan individu tersebut, budaya serta kepercayaan agamanya.
  • konsep ketuhanan merupakan satu aspek yang luas, namun semua menekankan kebaikan dan kebenaran.
  • sekiranya ajaran dan amalan agama dihayati sepenuhnya dalam kehidupan, boleh melahirkan manusia yang sempurna.
3. Fitrah merupakan tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah (Aa Gym, 2005).
  • Fitrah-suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental.
  • suatu ketetapan tuhan sejak manusia belum dilahirkan, merangkumi aspek potensi, bakat semulajadi, keupayaan mental dan fizikal.
4. Manusia sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah SWT di muka bumi ini.
  • semua agama percaya manusia dilahirkan ke dunia dengan sifat-sifat baik.
  • akal yang dianugerahkan pencipta membezakan manusia dengan segala ciptaannya.
  • Ragib Al-isfahami : fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptakannya.
  • Al-Ghazali (1971) : setiap insan wajib mengenali Allah SWT yang merupakan fitrah manusia dalm usaha untuk mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa.
  • Al-Ghazali (1971) :dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad. 
KEHIDUPAN BERAGAMA
1. Kehidupan beragama merupakan fitrah dalam diri setiap manusia.

  • "Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah SWT hanyalah Islam."(Surah Al-Imran, 19)
  • Dalam mengenali penciptaNya, manusia akan mensyukuri keunikan kejadiannya, dan ini akan menyebabkan manusia menghargai setiap bakat, kebolehan dan keistimewaan yang telah dikurniakan Allah SWT kepada setiap hambanya. 
2. Manusia diciptakan Allah SWT agar beribadat kepadaNyadan melakukan perbuatan yang sesuai dengan suruhan dan menjauhi laranganNya.

  • "Dan (ingatlah) Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mereka memperhambakan diri kepadaKu." (Surah Al-Zariyat, 51:56)
  • Kehidupan beragama dapat membantu manusia mengawal emosi dan dapat menguasai diri sejajar dengan tuntutan arus kemodenan untuk kemajuan masyrakat dan negara (Hassan Langgulung, 2005)
  • Kehidupan beragama merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia sekiranya mereka ingin mencapai kemajuan yang menyeluruh dari segi kerohanian dan kebendaan.
  • Kehidupan beragama merupakan naluri kepercayaan kepda agama, seterusnya mengesahkan kewujudan Allah SWT dalam seluruh kehidupannya.
MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH SWT
1. Status sebagai khalifah

  • mendorong manusia menyedari bahawa terdapat banyak pilihan dalam kehidupan ini, tetapi manusia mesti bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan yang dilakukan.
  • di akhirat, kita semua akan dihidupkan semula dan akan dipertanggungjawabkan atas pilihan-pilihan yang dilakukan di dunia.
2. Pemberian akal
  • menjadikan darjat manusia lebih tinggi berbanding makhluk Allah SWT lain di atas muka bumi.
  • Sabda Rasulullah SAW, "...Dan alat bagi mukmin ialah akal....Dan tiang agama ialah akal. Dan tujuan Allah ialah akal. Dan yang menyerukan orang-orang beribadat ialah akal." diriwayatkan oleh Ibn Abbas dalam Manusia dan Islam, 1990.
  • Hadis ini menunjukkan bahawa akal sangat penting kepada manusia dan agama. 
  • Islam diturunkan untuk membimbing dan menunjuk ajar manusia ke arah kesempurnaan.
  • Kesempurnaan kehidupan di dunia menyumbang kepada kesejahteraan hidup di akhirat.
3. Sumber bersifat maknawi dan lahiriah
  • sumber bersifat maknawi - hati, akal, emosi, nafsu
  • sumber bersifat lahiriah - pancaindera, kebijaksanaan, hasil bumi dan sbg.
  • mendorong manusia mengembangkan potensi ke tahap maksimum
Kesimpulannya, menurut Islam,
  • manusia wajib beriman, yakni mempercayai keesaan Allah SWT.
  • manusia wajib beribadat kepada Allah SWT.
  • manusia wajib berakhlak dalam setiap perbuatannya
  • manusia perlu kepada masyarakat yang berasaskan ajaran agama yang dianuti.
Sumber : Haliza Hamzah, Joy N. Samuel (2008). Perkembangan Kanak-kanak.


No comments:

Post a Comment