Showing posts with label Perkembangan kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan kanak-kanak. Show all posts
PENGERTIAN KONSEP PERSONALITI
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a :
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”. (0033)
Sahih Muslim
*********************************
PENGERTIAN KONSEP PERSONALITI
![]() |
| Perkataan personaliti berasal daripada perkataan persona yang bermaksud topeng yang digunakan oleh penggiat seni semasa pementasan. |
1. Manusia dibezakan menerusi dua aspek iaitu kemampuan dan personaliti
- Aspek kemampuan - pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan dan bakat.
- Aspek personaliti - watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi.
2. Pandangan pengkaji personaliti
a. Allport(1961)
- Personaliti merupakan satu organisasi dinamik sistem psikofizik yang ada dalam diri individu.
- Personaliti menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian individu dengan persekitarannya.
b. Crow dan Crow (1983)
- Personaliti biasanya digunakan untuk menghuraikan watak fizikal seseorang, corak pertuturan atau daya penarik yang dimilikinya.
c. Rogers (1951)
- Personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu seperti cara berfikir dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.
d. Eysenck (1955)
- Personaliti ialah satu organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang akan menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitaran.
- Personaliti merupakan keseluruhan pola tingkah laku sesuatu organisma.
e. Sigmund Freud
- Personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang individu iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri.
f. Maddi (1980)
- Personaliti berkaitan dengan pemikiran, mental-emosi dan tingkah laku seseorang.
PERKEMBANGAN FIZIKAL Bg. 1
![]() |
PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki.
- selepas kelahiran, saiz kepala bayi berkembang dahulu diikuti perkembangan badan, kaki dan tangan.
- Kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir.
- Beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badan menggunakan lengan.
- Usia enam hingga dua belas bulan, bayi boleh mengawal kaki, merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.
Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berteruan ke luar.
- perkembangan bermula dari tulang belakang mengarah ke luar badan.
- peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan.
- Otot halus pada jari kaki dan tangan merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan.
Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik.
- Contoh: bayi yang terhantuk sesuatu menangis dengan kuat.
- Selepas beberapa bulan, apabila insiden yang sama berlaku, bayi akan menangis tetapi boleh menunjuk kepalanya yang sakit.
- Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan berbahasa, bayi dapat memberitahu kepalanya sakit.
Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.
- Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama.
- Kreativiti berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan.
Sumber : Haliz Hamzah, Joy N. Samuel, Perkembangan Kanak-kanak.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Bg. 1
![]() |
| A good deed done to an animal is like a good deed done to a human being. While an act of cruelty to an animal is as bad as cruelty to a human being. ~Prophet Mohammad peace be upon him~ |
*********************************
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN
![]() |
| Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak meningkat mengikut usia. |
1. Pertumbuhan
Definisi
- Woolfolk dan Margetts (2007) - pertumbuhan ialah perubahan dalam saiz dan kematangan. Dari segi fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak.
- Pertumbuhan - perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringat ke peringkat yang lain.
Ciri-ciri Pertumbuhan
- Bersifat kuantitatif - dapat dilihat dan diukur.
- Saiz dan struktur badan bertambah - kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal.
- Saiz otak dan organ-organ dalaman bertambah - keupayaan untuk menaakul dan mengingat bertambah. Melibatkan aspek kognitif dan fizikal.
- Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibu bapa dan persekitaran individu.
- Kadar pertumbuhan antara setiap individu adalah berbeza dan berlaku secara berperingkat.
2. Perkembangan
Definisi
- Santrock (2008)- perkembangan ialah perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi indiviu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.
- Perkembangan - perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang lebih awal.
Ciri-ciri perkembangan
- Bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.
- Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu.
- Perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu. Kematangan- perubahan semula jadi dan ditentukan oleh genetik.
- Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
- Hasil daripada kematangan dan pembelajaran.
3. Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan.
Pertumbuhan
|
Perkembangan
|
|
Fizikal
|
Peningkatan dalam saiz – perubahan tinggi,
berat badan, gigi.
|
Proses individu memperkembangkan
kemahiran psikomotor. Kemahiran menggunakan anggota badan.
|
Kognitif
|
Keupayaan berfikir.
|
Kemahiran membaca, menulis, mengira,
berfikir secara kreatif dan kritis.
|
Emosi
|
Perasaan gembira, sayang, marah,
cemburu.
|
Kemahiran mengurus dan mengawal emosi.
|
Sosial
|
Menjalin perhubungan dengan golongaan
di persekitaran.
|
Kemahiran menjalin perhubungan sosial
dan menunjukkan pelakuan yang baik.
|
4. Prinsip asas perkembangan
Proses perkembangan berlaku mengikut aturan.
- Contoh : perkembangan bayi mula dengan duduk dengan bantuan->merangkak->berdiri->berjalan.
- Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak.
- Contoh : dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
- Contoh : Seorang bayi mengenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
- Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar dahulu sebelum beransur ke otot-otot kecil.
- Kanak-kanak menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran sedia ada dijadikan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru.
Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia adalah berbeza untuk setiap individu.
- Contoh : ada kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang boleh berjalan pada umur 18 bulan.
- Salah satu faktor perbezaan manusia yang boleh dilihat dalam sebuah bilik darjah.
Perkembangan adalah hasil interaksi antara kematangan dan pembelajaran.
- Kematangan - kemunculan potensi sedia ada dalam seseorang individu. Dipengaruhi oleh faktor genetik.
- Pembelajaran- hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
5. Faktor baka dan persekitaran.
Baka
- merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anak.
- Trait yang diwarisi daripada ibu bapa terkandung dalam gen-gen ini.
- Gen-gen ini menguasai perkembangan manusia dan adalah unik bagi setiap individu.
- Contoh : saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata.
Persekitaran
- merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu.
- Termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran.
- Pengalaman sebelum lahir - pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu.
- Pengalaman selepas kelahiran - pemakanan, taraf sosio-ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat
Genetik tingkah laku
- bidang yang mengkaji tentang peranan baka dan persekitaran dalam perkembangan individu.
- Thomas J. Bouchard Jr. menyokong pengaruh baka ke atas trait-trait seperti kecerdasan dan emosi.
- Faktor persekitaran memainkan peranan dalam perkembangan pada peringkat awal.
- Pengaruh baka lebih menonjol apabila kanak-kanak mencapai awal dewasa.
- Aspek minat kerjaya lebih dipengaruhi oleh perkongsian pengalaman atau persekitaran.
- Sesetengah penyakit dipengaruhi oleh genetik.
Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner
- Persekitaran kanak-kanak terdiri daripada satu set sistem sosial yang kompleks dan saling berinteraksi.
![]() |
| Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner |
- Lima lapisan sistem
- Mikrosistem -persekitaran terdekat dengan dunia kanak-kanak. Mewakili hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa, penjaga, adik-beradik, rakan, jiran dan guru. Faktor yang mempengaruhi kanak-kanak : (1) sikap ibu bapa (2) tingkah laku atau respon kanak-kanak (3) hubungan antara ibu bapa.
- Mesosistem - melibatkan interkasi antara (1) ibu bapa dengan pengasuh, (2) ibu bapa dengan jiran, (3) ibu bapa dengan sekolah, dan (4) sekolah dengan jiran.
- Eksosistem - organisasi yang tidak melibatkan kanak-kanak tetapi mempunyai pengaruh secara langsung kepada kanak-kanak. Contoh : peraturan tempat kerja ibu bapa. Merangkumi saudara mara dan rakan ibu bapa yang dapat membantu keluarga.
- Makrosistem - mewakili norma-norma, nilai dan amalan masyarakat.
- Kronosistem - persekitaran tidak kekal sama dan berubah mengikut peredaran masa. Contoh : kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga.
Sumber : Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. Perkembangan Kanak-kanak
FITRAH KEJADIAN MANUSIA Bg. 5
Labels:
Fitrah kejadian manusia,
implikasi fitrah terhadap pnp,
Perkembangan kanak-kanak
·
Posted by
Unknown
at
23:23
*********************************
IMPLIKASI FITRAH KEJADIAN MANUSIA TERHADAP
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Pendidikan :
- satu ruang yang menyediakan pelbagai peluang untuk memperkembangkan potensi individu.
- persekitaran pembelajaran berkesan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan bertindak balas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Guru :
- berperanan membantu kanak-kanak menyerlahkan potensi yang terpendam.
- Sifat-sifat yang ada dalam diri kanak-kanak seperti sifat ingin tahu, keterbukaan, daya cipta dan kebolehan menyelesaikan masalah perlu dipertingkatkan kerana dapat membantu kanak-kanak menyedari kebolehan diri sendiri.
3. Implikasi :
- Guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti kognitif yang dapat menggilap potensi intelek kanak-kanak. Contoh, penggunaan bahan maujud dalam pengiraan Matematik Tahun 1 dapt mengembangkan potensi murid untuk berfikir secara logik.
- Aktiviti kokurikulum di sekolah membantu mengembangkan potensi murid dari segi bakat, sahsiah dan emosi yang baik. Contoh, sifat tolak ansur dan tolong-menolong dalam kerja kumpulan.
- Pelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti pengajaran selaras dengan gaya pembelajaran murid. Guru perlu merangsang murid untuk mengikuti proses p&p dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik.
- Guru perlu memperkukuhkan kekuatan dalaman murid. Contoh, kesediaan dan kesungguhan melaksanakan tugasan atau menjawab soalan. Elakkan membesarkan kesalahan murid. Hargai komitmen yang diberikan murid dan rangsang mereka untuk terus belajar.
- Aspirasi sekolah yang menekankan kecemerlangan sukan bagi membantu murid-murid mengembangkan potensi jasmani. Murid berpeluang mempamerkan kemahiran psikomotor diri.
Sumber : Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. Perkembangan Kanak-kanak.
Subscribe to:
Posts (Atom)








