PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN
ISLAM
A.
Pengertian Pendidikan Islam
menurut :
1.
Abdul Halim El-Muhammady, 1993 : Pendidikan Islam ialah
proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan
sumber wahyu, Al-Quran dan As-Sunnah, pengalaman Salaf al-Soleh serta ilmuan
muktabar. Proses tersebut bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh dan mampu
untuk memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkkan oleh Allah
S.W.T. ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat.
2.
Al- Ghazali
(1058-1111 CE) : Pendidikan
adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani
dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
3.
Mohd. Qatb : Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia
secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan
potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani individu ke tahap
kesempurnaan.
4.
Abdul Halim
Haji Mat Diah, 1989 : Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan
yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk
manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam.
B. Dasar
Pendidikan Islam
Hassan
langgulung ( 1979 ) ; Terdapat 7 perkara yang menjadi dasar pendidikan dalam
Islam iaitu :
- Ke esaan Allah
- Kepercayaan kepada nabi dan rasul
- Kepercayaan kepada wahyu Allah yang
diturunkan kepada nabi dan rasul .
- Semulajadi manusia tidak berdosa dan ia
sangat berpotensi dalam perkembangan moral dan kerohanian .
- Seseorang bertanggungjawab atas
tindakannya sendiri .
- Kehidupan sesudah mati .
- Persamaan dan persaudaraan sejagat umat
Islam .
C.
Tujuan Pendidikan Islam
a. Mendidik murid supaya berakhlak mulia.
b. Mendidik roh supaya halus dan sempurna.
c. Mengasuh murid melakukan yang baik,
terhormat dan mulia.
d. Membiasakan urid dengan adab-adab
mulia.
e. Membiasakan murid dengan kebersihan,
kesucian dan keikhlasan serta amalan-amalan mulia.
D.
Matlamat
Pendidikan Islam
1. Membentuk dan memperkembangkan insan
supaya menjadi Muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi
mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggunngawab sebagai hamba dan
khalifah Allah S.W.T. yang bertakwa (berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah).
2. Melahirkan insan yang taat kepada Allah
S.W.T., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman,
dan damai dan seterusnya
mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat.
E. Bidang Pendidikan Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment