KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN Bg. 2
Bismillahirrahmanirrahim.
"If someone corrects you, and you feel offended, then you have an ego problem."
-Nouman Ali Khan-
********************************
KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
CABANG-CABANG FALSAFAH
1. Metafizik/Ontologi
- mengkaji perkara-perkara seperti sifat realiti, apa-apa yang wujud di dunia ini dan susun aturnya.
- menurut kamus, "...yang jauh melangkau alamfizikal atau kebendaan."
- bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
- mengutarakan soalan seperti : Apa itu kebenaran? Adakah Tuhan wujud? Siapa itu manusia?
2. Epistemologi
- mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.
- berasal daripada perkataan Yunani, episteme = ilmu/sains. & logos = keterangan.
- fokus kepada ilmu dan tuntutan ilmu.
- mengutarakan soalan: Apa itu ilmu? Apakah sumber-sumber pengetahuan?
- juga tertumpu kepada cara memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu.
Sumber-sumber ilmu
- Wahyu - pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum.
- Berasaskan pengalaman pancaindera - apa-apa yang dilihat, didengar, dirasa, disentuh dan dibau. Mungkin kurang tepat.
- Intuisi- pengetahuan yang diperoleholeh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari.
- Pandangan pakar bidang berkenaan - berdasarkan ilmu dan kemahiran yang yang dipunyai.
- Logik-mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya mengetahui sesuatu.
- Kaedah saintifik - melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisian data secara sistematik.
3. Axiologi
- berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud nilai.
- mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, dan cantik atau hodoh.
- merangkumi dua aspek, (1) etika, (2) estetika.
(1) Etika
- memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan.
- tiga bidang asas.
- Meta ethics - kajian tentang konsep etika;
- Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai;
- Applied ethics - kajian tentang penggunaan nilai.
(2) Estetika
- merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan kehidupan.
- tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.
4. Logik
- menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi.
- membezakan antara yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.
- dua jenis logik:
- Logik induktif - butiran khusus-->membuat penaakulan terhadap butiran tersebut --> membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.
- Logik deduktif - kesimpulan umum -->cari contoh-contoh relevan bagi menerangkan kesimpulan-->butiran yang terhasil secara logik.
Sumber : Choong L.K.(2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment