Perbezaan Mazhab Perenialisme dan Eksistensialisme
Bismillahirrahmanirrahim.
PERBEZAAN MAZHAB PERENIALISME DAN EKSISTENSIALISME
1. Konsep. Menurut mazhab perenialisme, secara semulajadi,
manusia bersifat sejagat dan abadi. Oleh itu, unsur itu perlu disemai sejak di
bangku sekolah. Menurut mazhab eksistensialisme pula, manusia bertanggungjawab
terhadap dirinya sendiri. Hal ini bermakna, manusia bebas untuk menetapkan
matlamat dan membuat keputusan sendiri.
2. Matlamat. Mazhab perenialisme
bermatlamat untuk mengajar ilmu yang bbersifat sejagat dan abadi atau yang
tidak mempunyai had masa. Mazhab eksistensialisme pula tidak menggariskan
sebarang matlamat kerana berpendapat matlamat ditentukan oleh individu
masing-masing.
3. Tumpuan
a. Jenis kurikulum
Dari
segi jenis kurikulum, mazhab
perenialisme menumpukan bidang kemanusiaan dan kesusasteraan kerana bidang ini
mmengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia. Mata pelajaran
yang disyorkan ialah bahasa, sastera, matematik seni dan sains. Mazhab
eksistensialisme pula tidak mempunyai mata pelajaran yang khusus kerana
murid-murid bertanggungjawab ke atas pendidikan masing-masing.
Walaubagaimanapun, mata pelajaran bersifat falsafah dan estetika seperti seni,
kesusasteraan dan drama dianggap relevan.
b. Peranan Guru
Peranan
guru dalam mazhab perenialisme ialah sebagai seorang pakar yang bijaksana dan
berwibawa dalam menyampaikan ilmu dan membimbing perbincangan berkumpulan serta
mendisiplinkan pelajar. Bagi mazhab eksistensialisme pula, guru berperanan
sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid meluahkan
perasaan dan emosi.
c. Kaedah Pengajaran
Bagi
kaedah pengajaran, mazhab perenialisme menekankan kaeah didaktik iaitu guru
mengajar dan anak murid menerima segala yang disampaikan tanpa menimbulkan
sebarang persoalan. Sebaliknya, dalam mazhab eksistensialisme, kaedah mengajar
adalah berpusatkan aktiviti dan murid. Kaedah main peranan dan simulasi banyak
digunakan bagi membolehkan murid meluahkan perasaan dan pemikiran secara
mendalam.
d. Peranan Murid
Dalam
mazhab perenialisme, murid memainkan peranan dengan berusaha bersungguh-sungguh
untuk memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing. Mazhab
eksistensialisme pula menggalakkan murid-muridnya melibatan diri secara aktif
agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang disediakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment