FITRAH KEJADIAN MANUSIA Bg 4
“All humans are dead except those who have knowledge; and all those who have knowledge are asleep, except those who do good deeds; and those who do good deeds are deceived, except those who are sincere; and those who are sincere are always in a state of worry.”
[Imam Shafi’ee]
*********************************
FITRAH KEJADIAN MANUSIA DAN KAITANNYA DENGAN POTENSI
1. Potensi :
- keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan.
- Kamus Dewan (1989) : kemampuan (mencapai, menghasilkan atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju.
- Potensi seseorang individu berkembang sejak dilahirkan.
2. Persekitaran keluarga dan masyarakat menyumbang kepada perkembangan potensi seseorang individu.
- Potensi berkaitan dengan fungsi hidup seseorang.
- merangkumi semua aspek kehidupan.
3. Lima aspek potensi manusia.
- Perkembangan intelek - dilihat daripada daya pemikiran, cara seseorang berfikir untuk menyelesaikan masalah, mereka cipta dan menaakul.
- Perkembangan rohani - merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai dan norma masyarakat serta perlakuan peribadi individu.
- Perkembangan sosial - merujuk kepada hubungan individu dengan orang lain.
- Perkembangan emosi - suatu keadaan apabila seseorang dapat memahami perasaan diri sendiri dan orang lain.
- Perkembangan jasmani - merujuk kepada kebolehan dan keupayaan fizikal atau kemahiran psikomotor dalam aktivit permainan dan sukan.
Sumber : Haliza Hamzah, Joy N. Samuel , Perkembangan Kanak-kanak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment