KLASIFIKASI PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PERSONALITI Bg 2
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang:
(a). Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan
(b). Orang yang diberi oleh Allah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya.”
[Hadis 0059]
Sahih Bukhari
*********************************
KLASIFIKASI PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PERSONALITI
Pendapat Eduard Spranger
Eduard Spranger |
- Menghubungkan keenam-enam jenis personaliti dengan enam lapangan kebudayaan.
- Lapangan kebudayaan - saintifik, keindahan, ekonomi, agama, sosial dan sahsiah kuasa.
- tiada seorang manusia yang mempunyai satu jenis personaliti sahaja, tetapi meliputi enam jenis falsafah hidup.
Enam jenis falsafah hidup
1. Jenis kognitif
- seorang yang intelek dan sentiasa menaakul dan menganalisa masalah-masalah yang dihadapinya.
- suka bertanya dan berperaturan.
- mempunyai falsafah hidup sendiri.
- cenderung kepada aspek hidup yang praktik.
- sering memelihara keselamatan diri sendiri terutamanya dari segi ekonomi.
- kecenderungan untuk menghayati kehidupan, mencapai keharmonian dan kepuasan dalam hidup.
4. Jenis Bemasyarakat
- suka berkawan, mempunyai sikap simpati, bertimbang rasa dan berperikemanusiaan.
- baik hati dan pemurah, tidak tamak dan suka menolong orang.
5. Jenis Berkuasa Politik
- menunjukkan kemahuan menguasai orang lain.
- cita-cita utama menguasai orang lain dan menjadi pemimpin.
6. Jenis Beragama
- serius dalam kehidupan dan mencari perpaduan antara manusia dan alam.
- mencari kebenaran dan keharmonian dalam diri.
KLASIFIKASI PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PERSONALITI Bg. 1
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
“Bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
Yang menjadikan manusia dari segumpal darah
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia“
(Al-'Alaq : 1-3)
*********************************
KLASIFIKASI PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PERSONALITI
Pendapat Carl Gustav Jung (1923)
Carl Gustav Jung (1875-1961) |
Beliau membahagikan personaliti kepada tiga jenis.
1. Ekstrovert
- individu yang lebih kepada dunia luaran berbanding dengan dunia dalamannya.
- lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan orang lain.
- Slater (1962) - kebebasan merupakan ciri ekstrovet.
- Peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu, berminat dengan sukan, mudah menyesuaikan diri, sangat aktif, suka bersosial, mesra, gemarkan aktiviti luar dan responsif terhadap persekitaran.
- suka bergembira, suka kepada perubahan dan bertindak mengikut impuls.
- tidak suka belajar atau bekerja secara berseorangan.
- cepat marah tetapi tidak menyimpan kemarahan itu lama.
2. Introvert
- Lebih menumpukan aspek dalaman.
- Introvet bermakna mengambil berat tentang diri sendiri.
- mempamerkan ciri individu yang pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, cermat, reflektif dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerja, boleh dipercayai dan bersedia menanggung risiko.
- tidak mudah murah, tetapi jika marah, perasaan itu akan berpanjangan.
- berupaya meneliti dan menganalisa perasaan sendiri dan tidak banyak memerlukan rangsangan luaran.
- tidak bercita-cita tinggi dan tidak meminati kebendaan.
- suka merancang perkara-perkara yang akan datang dan suka kepada kehidupan yang teratur.
3. Ambivet
- Mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua personaliti ekstrovert dan introvert.
- Kemungkinan sifat yang dipunyai ialah aktif, sensitif, optimistik dan gemar berseorangan.
PENGERTIAN KONSEP PERSONALITI
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a :
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”. (0033)
Sahih Muslim
*********************************
PENGERTIAN KONSEP PERSONALITI
Perkataan personaliti berasal daripada perkataan persona yang bermaksud topeng yang digunakan oleh penggiat seni semasa pementasan. |
1. Manusia dibezakan menerusi dua aspek iaitu kemampuan dan personaliti
- Aspek kemampuan - pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan dan bakat.
- Aspek personaliti - watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi.
2. Pandangan pengkaji personaliti
a. Allport(1961)
- Personaliti merupakan satu organisasi dinamik sistem psikofizik yang ada dalam diri individu.
- Personaliti menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian individu dengan persekitarannya.
b. Crow dan Crow (1983)
- Personaliti biasanya digunakan untuk menghuraikan watak fizikal seseorang, corak pertuturan atau daya penarik yang dimilikinya.
c. Rogers (1951)
- Personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu seperti cara berfikir dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.
d. Eysenck (1955)
- Personaliti ialah satu organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang akan menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitaran.
- Personaliti merupakan keseluruhan pola tingkah laku sesuatu organisma.
e. Sigmund Freud
- Personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang individu iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri.
f. Maddi (1980)
- Personaliti berkaitan dengan pemikiran, mental-emosi dan tingkah laku seseorang.
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN
ISLAM
A.
Pengertian Pendidikan Islam
menurut :
1.
Abdul Halim El-Muhammady, 1993 : Pendidikan Islam ialah
proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan
sumber wahyu, Al-Quran dan As-Sunnah, pengalaman Salaf al-Soleh serta ilmuan
muktabar. Proses tersebut bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh dan mampu
untuk memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkkan oleh Allah
S.W.T. ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat.
2.
Al- Ghazali
(1058-1111 CE) : Pendidikan
adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani
dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
3.
Mohd. Qatb : Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia
secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan
potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani individu ke tahap
kesempurnaan.
4.
Abdul Halim
Haji Mat Diah, 1989 : Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan
yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk
manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam.
B. Dasar
Pendidikan Islam
Hassan
langgulung ( 1979 ) ; Terdapat 7 perkara yang menjadi dasar pendidikan dalam
Islam iaitu :
- Ke esaan Allah
- Kepercayaan kepada nabi dan rasul
- Kepercayaan kepada wahyu Allah yang
diturunkan kepada nabi dan rasul .
- Semulajadi manusia tidak berdosa dan ia
sangat berpotensi dalam perkembangan moral dan kerohanian .
- Seseorang bertanggungjawab atas
tindakannya sendiri .
- Kehidupan sesudah mati .
- Persamaan dan persaudaraan sejagat umat
Islam .
C.
Tujuan Pendidikan Islam
a. Mendidik murid supaya berakhlak mulia.
b. Mendidik roh supaya halus dan sempurna.
c. Mengasuh murid melakukan yang baik,
terhormat dan mulia.
d. Membiasakan urid dengan adab-adab
mulia.
e. Membiasakan murid dengan kebersihan,
kesucian dan keikhlasan serta amalan-amalan mulia.
D.
Matlamat
Pendidikan Islam
1. Membentuk dan memperkembangkan insan
supaya menjadi Muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi
mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggunngawab sebagai hamba dan
khalifah Allah S.W.T. yang bertakwa (berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah).
2. Melahirkan insan yang taat kepada Allah
S.W.T., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman,
dan damai dan seterusnya
mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat.
E. Bidang Pendidikan Islam
Perbezaan Mazhab Perenialisme dan Eksistensialisme
Bismillahirrahmanirrahim.
PERBEZAAN MAZHAB PERENIALISME DAN EKSISTENSIALISME
1. Konsep. Menurut mazhab perenialisme, secara semulajadi,
manusia bersifat sejagat dan abadi. Oleh itu, unsur itu perlu disemai sejak di
bangku sekolah. Menurut mazhab eksistensialisme pula, manusia bertanggungjawab
terhadap dirinya sendiri. Hal ini bermakna, manusia bebas untuk menetapkan
matlamat dan membuat keputusan sendiri.
2. Matlamat. Mazhab perenialisme
bermatlamat untuk mengajar ilmu yang bbersifat sejagat dan abadi atau yang
tidak mempunyai had masa. Mazhab eksistensialisme pula tidak menggariskan
sebarang matlamat kerana berpendapat matlamat ditentukan oleh individu
masing-masing.
3. Tumpuan
a. Jenis kurikulum
Dari
segi jenis kurikulum, mazhab
perenialisme menumpukan bidang kemanusiaan dan kesusasteraan kerana bidang ini
mmengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia. Mata pelajaran
yang disyorkan ialah bahasa, sastera, matematik seni dan sains. Mazhab
eksistensialisme pula tidak mempunyai mata pelajaran yang khusus kerana
murid-murid bertanggungjawab ke atas pendidikan masing-masing.
Walaubagaimanapun, mata pelajaran bersifat falsafah dan estetika seperti seni,
kesusasteraan dan drama dianggap relevan.
b. Peranan Guru
Peranan
guru dalam mazhab perenialisme ialah sebagai seorang pakar yang bijaksana dan
berwibawa dalam menyampaikan ilmu dan membimbing perbincangan berkumpulan serta
mendisiplinkan pelajar. Bagi mazhab eksistensialisme pula, guru berperanan
sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid meluahkan
perasaan dan emosi.
c. Kaedah Pengajaran
Bagi
kaedah pengajaran, mazhab perenialisme menekankan kaeah didaktik iaitu guru
mengajar dan anak murid menerima segala yang disampaikan tanpa menimbulkan
sebarang persoalan. Sebaliknya, dalam mazhab eksistensialisme, kaedah mengajar
adalah berpusatkan aktiviti dan murid. Kaedah main peranan dan simulasi banyak
digunakan bagi membolehkan murid meluahkan perasaan dan pemikiran secara
mendalam.
d. Peranan Murid
Dalam
mazhab perenialisme, murid memainkan peranan dengan berusaha bersungguh-sungguh
untuk memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing. Mazhab
eksistensialisme pula menggalakkan murid-muridnya melibatan diri secara aktif
agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang disediakan
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM, TIMUR DAN BARAT
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT
1. Tradisional
- Perenialisme
- Essensialisme
2. Moden
- Progressivisme
- Rekonstruktivisme
- Eksistentialisme
*************
Tradisional
A. Perenialisme
- Konsep : ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah.
- Matlamat pendidikan : untuk mengajar pengetahuan dan nilai sejagat, abadi atau dan tidak mempunyai had masa.
- Tumpuan :
- a. jenis kurikulum : bidang kemanusiaan dan kesusasteraan - mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia. mata pelajaran yang disyorkan - bahasa, sastera, matematik, seni dan sains.
- b. peranan guru : menyampaikan ilmu, membimbing perbincangan kumpulan, mendisiplinkan murid.
- c. kaedah mengajar : didaktik.
- d. peranan murid : berusaha memperoleh ilmu mengikut kemampuan masing-masing.
B. Esensialisme
- Konsep : menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi ahi masyarakat yang produktif. Bersifat praktikal dan pragmatik.
- Matlamat pendidikan : pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya.
- Tumpuan :
- a. jenis kurikulum : Kemahiran asas - 3M. Mata pelajaran wajib - sains, sejarah, seni, muzik.
- b. peranan guru : berwibawa dalam p&p. kawal bilik darjah. rol model kepada anak murid.
- c. Kaedah pengajaran : didaktik.
- d. Peranan murid : rajin belajar, menumpukan perhatian dan usaha kepada ajaran guru.
*************
Moden
A. Progresivisme
- Konsep : Ilmu sesuatu yang bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini.
- Matlamat Pendidikan : untuk menyediakan golongan murid agar berupaya mengakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.
- Tumpuan :
- a. Jenis kurikulum : Kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang diminati agar pembelajaran lebih berkesan dan kebolehan serta potensi murid dapat dimaksimakan.
- b. Peranan guru : Pembimbing dan membantu anak murid. Pengurus pengajaran.
- c. Kaedah mengajar : pendekatan induktif . Kaedah mengajar yang disyorkan.
- - pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan induktif dan berpandukan kaedah saintifik.
- - kerja makmal dan eksperimen.
- - pengalaman langsung dengan persekitaran.
- d. Peranan murid : Mencari keterangan masing-masing bagi menjelaskan fenomena yang diberi oleh guru.
B. Rekonstruktivisme
- Konsep : Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru.
- Matlamat Pendidikan : mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial.
- Tumpuan
- a. Jenis kurikulum : Bidang sains sosial.
- b. Peranan guru : Agen perubahan dan pembaharuan.
- c. Kaedah mengajar : Kaedah berpusatkan murid.
- d. Peranan murid : mengambil bahagian yang aktif dan berani mencuba.
C. Eksistensialisme
- Konsep : Individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
- Matlamat Pendidikan : tidak digariskan.
- Tumpuan
- a. Jenis kurikulum : tiada mata pelajaran khusus. Matapelajaran estetika dan falsafah difikirkan relevan.
- b. Peranan guru : pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi murid.
- c. Kaedah mengajar : berpusatkan aktiviti dan murid.
- d. Peranan murid : melibatkan diri secara aktif.
KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN Bg. 3
********************************
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN
***
Konsep Pendidikan
1. Istilah pendidikan - education
- berasal daripada perkataan latin, educare yang bermaksud "memelihara atau mengasuh".
2. Kamus Pendidikan (1979)
- Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia
- Satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta pengalaman peribadi.
- dijalankan dalam satu suasana terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai "sekolah".
3. John Dewey (1859-1952)
John Dewey |
- Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan mempertingkatkan kedudukan manusia.
- Sekolah - satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.
4. Yusuf al Qardawi (1980)
Yusuf al-Qardawi |
- Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku.
- Bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang serig menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
- Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu.
- Cara-cara proses pemindahan berlaku.
- 1. pengajaran - pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain.
- 2. latihan - membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran.
- 3. indoktrinasi - menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.
- Ketiga-tiga cara berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden.
6. Tokoh-tokoh Barat
a. Friedrich Froebel (1782-1852)
- Pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia.
b. John Milton (1608-1674)
- Pendidikan yang lengkap dan sempurna membolehkan manusia bertindak secara adil dan bertimbangrasa dalam segala bidang kerja pada setiap masa.
7. Tokoh-tokoh Timur
a. Confucius (551-479 BC)
- Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.
b. Rabindranath Tagore (1861- 1941)
- Pendidikan merupakan proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani.
- seorang yang berpendidikan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.
8. Tokoh-tokoh Islam
a. Al- Ghazali (1058-1111 CE)
- Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
b. Mohd. Qatb
- Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
- Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani individu ke tahap kesempurnaan.
***
Konsep Falsafah Pendidikan
1. Fungsi pendidikan
- proses sosialisasi - memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi antara satu sama lain agar membantu mereka menjadi dewasa.
- pembentukan budaya - mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya.
- integrasi sosial - manusia bersifat lebih bersatu padu hasil pengajaran nilai-nilai budaya dan norma tertentu.
- penempatan sosial - pencapaian di sekolah berasakan pencapaian akademik. Kejayaan akademik asas kejayaan sosial pada masa depan.
2. Falsafah pendidikan
- satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asa berhubung dengan pendidikan.
3. Tumpuan pendidik.
- Jenis pendidikan yang dihasratkan untuk anak-anak.
- Tujuan pendidikan.
- Peranan pendidikan untuk diri dan masyarakat.
- Perkara yang wajar diajar di sekolah.
- Kaedah pengajaran yang sesuai.
- Peranan guru.
- Kaedah memahami anak murid dengan lebih berkesan.
- dan sebagainya...
4. Kepentingan falsafah pendidikan bagi seorang guru.
Membantu seorang guru untuk memahami asas-asas teoritikal berhubung dengan pendidikan khususnya proses pengajaran dan pembelajaran.
- Pengetahuan asas ini mempengaruhi amalan seseorang guru.
- Contoh : Guru yang berpegang kepada falsafah Froebel yang menyatakan bahawa minda pelajar diumpamakan sebagai 'tabula rasa' (papan putih) berusaha mencorakkan minda pelajarnya agar dilengkapi ilmu, kemahiran dan nilai yang penting melalui pelbagai kaedah, pendekatan, strategi dan teknik pengajaran.
Sumber : Choong L.K. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)