KLASIFIKASI PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PERSONALITI Bg 2

0
COM
Bismillahirrahmirrahim.


Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jangan merasa iri hati, kecuali kepada dua orang:

(a). Orang yang diberi Allah harta, kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan

(b). Orang yang diberi oleh Allah hikmah (ilmu yang hak), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya.”
 [Hadis 0059]
Sahih Bukhari

*********************************
KLASIFIKASI PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PERSONALITI

Pendapat Eduard Spranger
Eduard Spranger


  • Menghubungkan keenam-enam jenis personaliti dengan enam lapangan kebudayaan.
  • Lapangan kebudayaan - saintifik, keindahan, ekonomi, agama, sosial dan sahsiah kuasa.
  • tiada seorang manusia yang mempunyai satu jenis personaliti sahaja, tetapi meliputi enam jenis falsafah hidup.
Enam jenis falsafah hidup

1. Jenis kognitif
  • seorang yang intelek dan sentiasa menaakul dan menganalisa masalah-masalah yang dihadapinya. 
  • suka bertanya dan berperaturan.
  • mempunyai falsafah hidup sendiri.
2. Jenis berekonomi
  • cenderung kepada aspek hidup yang praktik.
  • sering memelihara keselamatan diri sendiri terutamanya dari segi ekonomi.
3. Jenis Keindahan
  • kecenderungan untuk menghayati kehidupan, mencapai keharmonian dan kepuasan dalam hidup.
4. Jenis Bemasyarakat
  • suka berkawan, mempunyai sikap simpati, bertimbang rasa dan berperikemanusiaan.
  • baik hati dan pemurah, tidak tamak dan suka menolong orang.
5. Jenis Berkuasa Politik
  • menunjukkan kemahuan menguasai orang lain.
  • cita-cita utama menguasai orang lain dan menjadi pemimpin. 
6. Jenis Beragama
  • serius dalam kehidupan dan mencari perpaduan antara manusia dan alam.
  • mencari kebenaran dan keharmonian dalam diri.

KLASIFIKASI PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PERSONALITI Bg. 1

0
COM
Bismilahirrahmanirrahim.



اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
“Bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ
Yang menjadikan manusia dari segumpal darah
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia“
(Al-'Alaq : 1-3)

*********************************
KLASIFIKASI PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PERSONALITI

Pendapat Carl Gustav Jung (1923)
Carl Gustav Jung (1875-1961)

Beliau membahagikan personaliti kepada tiga jenis.
1. Ekstrovert
  • individu yang lebih kepada dunia luaran berbanding dengan dunia dalamannya.
  • lebih kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan orang lain. 
  • Slater (1962) - kebebasan merupakan ciri ekstrovet.
  • Peramah, tidak mudah risau, tidak mudah malu, berminat dengan sukan, mudah menyesuaikan diri, sangat aktif, suka bersosial, mesra, gemarkan aktiviti luar dan responsif terhadap persekitaran.
  • suka bergembira, suka kepada perubahan dan bertindak mengikut impuls.
  • tidak suka belajar atau bekerja secara berseorangan.
  • cepat marah tetapi tidak menyimpan kemarahan itu lama.
2. Introvert
  • Lebih menumpukan aspek dalaman.
  • Introvet bermakna mengambil berat tentang diri sendiri.
  • mempamerkan ciri individu yang pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, cermat, reflektif dan sentiasa berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu kerja, boleh dipercayai dan bersedia menanggung risiko.
  • tidak mudah murah, tetapi jika marah, perasaan itu akan berpanjangan.
  • berupaya meneliti dan menganalisa perasaan sendiri dan tidak banyak memerlukan rangsangan luaran.
  • tidak bercita-cita tinggi dan tidak meminati kebendaan. 
  • suka merancang perkara-perkara yang akan datang dan suka kepada kehidupan yang teratur.
3. Ambivet
  • Mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua personaliti ekstrovert dan introvert.
  • Kemungkinan sifat yang dipunyai ialah aktif, sensitif, optimistik dan gemar berseorangan. 


PENGERTIAN KONSEP PERSONALITI

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a :
 Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw, “Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?” Jawab Rasulullah saw, “Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya”. (0033)
 Sahih Muslim
*********************************
PENGERTIAN KONSEP PERSONALITI

Perkataan personaliti berasal daripada perkataan persona yang bermaksud topeng yang digunakan oleh penggiat seni semasa pementasan.


1. Manusia dibezakan menerusi dua aspek iaitu kemampuan dan personaliti
  • Aspek kemampuan - pencapaian dalam pembelajaran, kecerdasan dan bakat.
  • Aspek personaliti - watak, sifat, penyesuaian diri, minat, emosi, sikap dan motivasi.
2. Pandangan pengkaji personaliti 
a. Allport(1961)
  • Personaliti merupakan satu organisasi dinamik sistem psikofizik yang ada dalam diri individu.
  • Personaliti menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaian individu dengan persekitarannya. 
b. Crow dan Crow (1983)

  • Personaliti biasanya digunakan untuk menghuraikan watak fizikal seseorang, corak pertuturan atau daya penarik yang dimilikinya. 
c. Rogers (1951)
  • Personaliti merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu seperti cara berfikir dan beremosi yang membolehkan dirinya dibezakan dengan individu lain.
d. Eysenck (1955)
  • Personaliti ialah satu organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang akan menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitaran.
  • Personaliti merupakan keseluruhan pola tingkah laku sesuatu organisma.
e. Sigmund Freud 
  • Personaliti sebagai sifat-sifat yang menggambarkan diri seseorang individu iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan-perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya sendiri. 
f. Maddi (1980)
  • Personaliti berkaitan dengan pemikiran, mental-emosi dan tingkah laku seseorang.

PENDIDIKAN ISLAM

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim.


PENDIDIKAN ISLAM

A.      Pengertian Pendidikan Islam menurut :
1.       Abdul Halim El-Muhammady, 1993 : Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, Al-Quran dan As-Sunnah, pengalaman Salaf al-Soleh serta ilmuan muktabar. Proses tersebut bertujuan untuk melahirkan insan yang soleh dan mampu untuk memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkkan oleh Allah S.W.T. ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
2.       Al- Ghazali (1058-1111 CE) : Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
3.        Mohd. Qatb : Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani individu ke tahap kesempurnaan. 
4.       Abdul Halim Haji Mat Diah, 1989 : Pendidikan Islam ialah proses yang dilalui oleh anak didik dengan bimbingan yang dilakukan secara sengaja oleh pendidik untuk mencapai tujuan membentuk manusia Muslim berdasarkan ajaran Islam.

B.      Dasar Pendidikan Islam 
    Hassan langgulung ( 1979 ) ; Terdapat 7 perkara yang menjadi dasar pendidikan dalam Islam iaitu :
  1. Ke esaan Allah
  2. Kepercayaan kepada nabi dan rasul
  3. Kepercayaan kepada wahyu Allah yang diturunkan kepada nabi dan rasul .
  4. Semulajadi manusia tidak berdosa dan ia sangat berpotensi dalam perkembangan moral dan kerohanian .
  5. Seseorang bertanggungjawab atas tindakannya sendiri .
  6. Kehidupan sesudah mati .
  7. Persamaan dan persaudaraan sejagat umat Islam .
C.      Tujuan Pendidikan Islam
a.       Mendidik murid supaya berakhlak mulia.
b.      Mendidik roh supaya halus dan sempurna.
c.       Mengasuh murid melakukan yang baik, terhormat dan mulia.
d.      Membiasakan urid dengan adab-adab mulia.
e.      Membiasakan murid dengan kebersihan, kesucian dan keikhlasan serta amalan-amalan mulia.
D.      Matlamat Pendidikan Islam

1. Membentuk dan memperkembangkan insan supaya menjadi Muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggunngawab sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T. yang bertakwa (berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah).
2. Melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T., hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman, 
dan damai dan seterusnya mendapat keredaan dan kesejahteraan di akhirat.

E. Bidang Pendidikan Islam


Perbezaan Mazhab Perenialisme dan Eksistensialisme

0
COM

Bismillahirrahmanirrahim.

PERBEZAAN MAZHAB PERENIALISME DAN EKSISTENSIALISME

1. Konsep.  Menurut mazhab perenialisme, secara semulajadi, manusia bersifat sejagat dan abadi. Oleh itu, unsur itu perlu disemai sejak di bangku sekolah. Menurut mazhab eksistensialisme pula, manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Hal ini bermakna, manusia bebas untuk menetapkan matlamat dan membuat keputusan sendiri.
2. Matlamat. Mazhab perenialisme bermatlamat untuk mengajar ilmu yang bbersifat sejagat dan abadi atau yang tidak mempunyai had masa. Mazhab eksistensialisme pula tidak menggariskan sebarang matlamat kerana berpendapat matlamat ditentukan oleh individu masing-masing.
3. Tumpuan
a. Jenis kurikulum
Dari segi jenis kurikulum, mazhab perenialisme menumpukan bidang kemanusiaan dan kesusasteraan kerana bidang ini mmengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia. Mata pelajaran yang disyorkan ialah bahasa, sastera, matematik seni dan sains. Mazhab eksistensialisme pula tidak mempunyai mata pelajaran yang khusus kerana murid-murid bertanggungjawab ke atas pendidikan masing-masing. Walaubagaimanapun, mata pelajaran bersifat falsafah dan estetika seperti seni, kesusasteraan dan drama dianggap relevan.
b. Peranan Guru
Peranan guru dalam mazhab perenialisme ialah sebagai seorang pakar yang bijaksana dan berwibawa dalam menyampaikan ilmu dan membimbing perbincangan berkumpulan serta mendisiplinkan pelajar. Bagi mazhab eksistensialisme pula, guru berperanan sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid meluahkan perasaan dan emosi.
c. Kaedah Pengajaran
Bagi kaedah pengajaran, mazhab perenialisme menekankan kaeah didaktik iaitu guru mengajar dan anak murid menerima segala yang disampaikan tanpa menimbulkan sebarang persoalan. Sebaliknya, dalam mazhab eksistensialisme, kaedah mengajar adalah berpusatkan aktiviti dan murid. Kaedah main peranan dan simulasi banyak digunakan bagi membolehkan murid meluahkan perasaan dan pemikiran secara mendalam.
d. Peranan Murid
Dalam mazhab perenialisme, murid memainkan peranan dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh seberapa banyak ilmu mengikut kemampuan masing-masing. Mazhab eksistensialisme pula menggalakkan murid-muridnya melibatan diri secara aktif agar dapat memaksimumkan peluang pendidikan yang disediakan

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM, TIMUR DAN BARAT

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim

FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT 



1. Tradisional

  • Perenialisme
  • Essensialisme

2. Moden

  • Progressivisme
  • Rekonstruktivisme
  • Eksistentialisme
*************

Tradisional
A. Perenialisme
  • Konsep : ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk sejagat dan tidak berubah.
  • Matlamat pendidikan : untuk mengajar pengetahuan dan nilai sejagat, abadi atau dan tidak mempunyai had masa.
  • Tumpuan :
  • a. jenis kurikulum : bidang kemanusiaan dan kesusasteraan - mengandungi sifat ketelusan yang kukuh mengenai fitrah manusia.  mata pelajaran yang disyorkan - bahasa, sastera, matematik, seni dan sains.
  • b. peranan guru : menyampaikan ilmu, membimbing perbincangan kumpulan, mendisiplinkan murid. 
  • c. kaedah mengajar : didaktik.
  • d. peranan murid : berusaha memperoleh ilmu mengikut kemampuan masing-masing. 
B. Esensialisme
  • Konsep : menumpukan kepada perkara-perkara asas yang perlu diketahui seseorang individu agar menjadi ahi masyarakat yang produktif. Bersifat praktikal dan pragmatik.
  • Matlamat pendidikan : pengajaran maklumat berbentuk fakta yang perlu dipelajari, dihayati dan disimpan oleh murid serta penghayatan budaya.
  • Tumpuan : 
  • a. jenis kurikulum : Kemahiran asas - 3M. Mata pelajaran wajib - sains, sejarah, seni, muzik.
  • b. peranan guru : berwibawa dalam p&p. kawal bilik darjah. rol model kepada anak murid.
  • c. Kaedah pengajaran : didaktik.
  • d. Peranan murid : rajin belajar, menumpukan perhatian dan usaha kepada ajaran guru.
*************
Moden
A. Progresivisme
  • Konsep : Ilmu sesuatu yang bersifat relatif dan tentatif bagi menerangkan realiti masa kini.
  • Matlamat Pendidikan : untuk menyediakan golongan murid agar berupaya mengakomodasi sebarang perubahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.
  • Tumpuan : 
  • a. Jenis kurikulum : Kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang diminati agar pembelajaran lebih berkesan dan kebolehan serta potensi murid dapat dimaksimakan.
  • b. Peranan guru : Pembimbing dan membantu anak murid. Pengurus pengajaran.
  • c. Kaedah mengajar : pendekatan induktif . Kaedah mengajar yang disyorkan.
  • - pengajaran kemahiran menyelesaikan masalah menggunakan pendekatan induktif dan berpandukan kaedah saintifik.  
  • - kerja makmal dan eksperimen.
  • - pengalaman langsung dengan persekitaran.
  • d. Peranan murid : Mencari keterangan masing-masing bagi menjelaskan fenomena yang diberi oleh guru. 
B. Rekonstruktivisme
  • Konsep  : Sekolah merupakan landasan untuk membentuk masyarakat baru.
  • Matlamat Pendidikan : mengasaskan corak budaya baru serta menghapuskan penyakit sosial.
  • Tumpuan 
  • a. Jenis kurikulum : Bidang sains sosial.
  • b. Peranan guru : Agen perubahan dan pembaharuan.
  • c. Kaedah mengajar : Kaedah berpusatkan murid.
  • d. Peranan murid : mengambil bahagian yang aktif dan berani mencuba.
C. Eksistensialisme 
  • Konsep : Individu bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
  • Matlamat Pendidikan : tidak digariskan.
  • Tumpuan
  • a. Jenis kurikulum : tiada mata pelajaran khusus. Matapelajaran estetika dan falsafah difikirkan relevan.
  • b. Peranan guru : pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi murid.
  • c. Kaedah mengajar : berpusatkan aktiviti dan murid.
  • d. Peranan murid : melibatkan diri secara aktif.

KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN Bg. 3

1
COM
Bismillahirrahmanirrahim.
********************************
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN
***
Konsep Pendidikan

1. Istilah pendidikan - education
  • berasal daripada perkataan latin, educare yang bermaksud "memelihara atau mengasuh".
2. Kamus Pendidikan (1979)
  • Pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia
  • Satu proses sosial yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta pengalaman peribadi.
  • dijalankan dalam satu suasana terpilih serta terkawal yang diinstitusikan dan dikenali sebagai "sekolah".
3. John Dewey (1859-1952)
John Dewey
  • Pendidikan adalah satu proses yang bertujuan mempertingkatkan kedudukan manusia.
  • Sekolah - satu persekitaran khusus yang bersamaan dengan persekitaran sosial.
4. Yusuf al Qardawi (1980)
Yusuf al-Qardawi
  • Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati dan rohani, jasmani, akhlak dan tingkah laku.
  • Bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang serig menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan.
5. Hassan Langgulung (1987)


Hassan Langgulung
  • Pendidikan merupakan proses mengubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu.
  • Cara-cara proses pemindahan berlaku.
  • 1. pengajaran - pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain.
  • 2. latihan - membiasakan diri melakukan sesuatu bagi memperoleh kemahiran.
  • 3. indoktrinasi - menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh orang lain.
  • Ketiga-tiga cara berjalan serentak dalam masyarakat primitif dan moden. 
6. Tokoh-tokoh Barat
a. Friedrich Froebel (1782-1852) 
  • Pendidikan bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia. 
b. John Milton (1608-1674)
  • Pendidikan yang lengkap dan sempurna membolehkan manusia bertindak secara adil dan bertimbangrasa dalam segala bidang kerja pada setiap masa.
7. Tokoh-tokoh Timur
a. Confucius (551-479 BC)
  • Pendidikan adalah satu proses memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia yang boleh dicapai melalui amalan-amalan seperti bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara. 
b. Rabindranath Tagore (1861- 1941)
  • Pendidikan merupakan proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna dan berupaya mencapai segala aspek kehidupan termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani.
  • seorang yang berpendidikan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara. 
8. Tokoh-tokoh Islam
a. Al- Ghazali (1058-1111 CE)
  • Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
b. Mohd. Qatb
  • Pendidikan adalah satu proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.
  • Pendidikan bertujuan untuk memperkembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani individu ke tahap kesempurnaan. 
***
Konsep Falsafah Pendidikan

1. Fungsi pendidikan
  • proses sosialisasi - memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi antara satu sama lain agar membantu mereka menjadi dewasa.
  • pembentukan budaya - mewujudkan serta memupuk nilai-nilai budaya.
  • integrasi sosial - manusia bersifat lebih bersatu padu hasil pengajaran nilai-nilai budaya dan norma tertentu.
  • penempatan sosial - pencapaian di sekolah berasakan pencapaian akademik. Kejayaan akademik asas kejayaan sosial pada masa depan.
2. Falsafah pendidikan
  • satu cara pemikiran yang analitikal yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asa berhubung dengan pendidikan.
3. Tumpuan pendidik.
  • Jenis pendidikan yang dihasratkan untuk anak-anak.
  • Tujuan pendidikan.
  • Peranan pendidikan untuk diri dan masyarakat.
  • Perkara yang wajar diajar di sekolah.
  • Kaedah pengajaran yang sesuai.
  • Peranan guru.
  • Kaedah memahami anak murid dengan lebih berkesan.
  • dan sebagainya...
4. Kepentingan falsafah pendidikan bagi seorang guru.

Membantu seorang guru untuk memahami asas-asas teoritikal berhubung dengan pendidikan khususnya proses pengajaran dan pembelajaran. 
  • Pengetahuan asas ini mempengaruhi amalan seseorang guru.
  • Contoh : Guru yang berpegang kepada falsafah Froebel yang menyatakan bahawa minda pelajar diumpamakan sebagai 'tabula rasa' (papan putih) berusaha mencorakkan minda pelajarnya agar dilengkapi ilmu, kemahiran dan nilai yang penting melalui pelbagai kaedah, pendekatan, strategi dan teknik pengajaran.

Sumber : Choong L.K. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.

PERKEMBANGAN FIZIKAL Bg. 1

1
COM
Bismillahirrahmanirrahim

PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki.
  • selepas kelahiran, saiz kepala bayi berkembang dahulu diikuti perkembangan badan, kaki dan tangan. 
  • Kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir. 
  • Beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badan menggunakan lengan.
  • Usia enam hingga dua belas bulan, bayi boleh mengawal kaki, merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan. 
Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berteruan ke luar.
  • perkembangan bermula dari tulang belakang mengarah ke luar badan.
  • peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan.
  • Otot halus pada jari kaki dan tangan merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan. 
Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik.
  • Contoh: bayi yang terhantuk sesuatu menangis dengan kuat.
  • Selepas beberapa bulan, apabila insiden yang sama berlaku, bayi akan menangis tetapi boleh menunjuk kepalanya yang sakit.
  • Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan berbahasa, bayi dapat memberitahu kepalanya sakit.
Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.
  • Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama.
  • Kreativiti berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan. 
Sumber : Haliz Hamzah, Joy N. Samuel, Perkembangan Kanak-kanak.



PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Bg. 1

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim.

A good deed done to an animal is like a good deed done to a human being. While an act of cruelty to an animal is as bad as cruelty to a human being. ~Prophet Mohammad peace be upon him~
*********************************
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN 

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak meningkat mengikut usia.


1. Pertumbuhan
Definisi
  • Woolfolk dan Margetts (2007) - pertumbuhan ialah perubahan dalam saiz dan kematangan. Dari segi fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan juga bilangan saraf-saraf ke otak. 
  • Pertumbuhan - perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringat ke peringkat yang lain.
Ciri-ciri Pertumbuhan
  • Bersifat kuantitatif - dapat dilihat dan diukur.
  • Saiz dan struktur badan bertambah - kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal.
  • Saiz otak dan organ-organ dalaman bertambah - keupayaan untuk menaakul dan mengingat bertambah. Melibatkan aspek kognitif dan fizikal.
  • Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibu bapa dan persekitaran individu.
  • Kadar pertumbuhan antara setiap individu adalah berbeza dan berlaku secara berperingkat.


2. Perkembangan 
Definisi
  • Santrock (2008)- perkembangan ialah perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi indiviu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. 
  • Perkembangan - perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang lebih awal. 
Ciri-ciri perkembangan
  • Bersifat kualitatif dan perubahan-perubahan yang berlaku adalah dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral.
  • Perubahan ini adalah stabil, berlaku secara teratur dan progresif dalam arah tertentu.
  • Perubahan-perubahan yang berlaku adalah berterusan sepanjang hayat dan melalui peringkat-peringkat kematangan tertentu. Kematangan- perubahan semula jadi dan ditentukan oleh genetik.
  • Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
  • Hasil daripada kematangan dan pembelajaran.
3. Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan.


Pertumbuhan
Perkembangan
Fizikal
Peningkatan dalam saiz – perubahan tinggi, berat badan, gigi.
Proses individu memperkembangkan kemahiran psikomotor. Kemahiran menggunakan anggota badan.
Kognitif
Keupayaan berfikir.
Kemahiran membaca, menulis, mengira, berfikir secara kreatif dan kritis.
Emosi
Perasaan gembira, sayang, marah, cemburu.
Kemahiran mengurus dan mengawal emosi.
Sosial
Menjalin perhubungan dengan golongaan di persekitaran.
Kemahiran menjalin perhubungan sosial dan menunjukkan pelakuan yang baik.
4. Prinsip asas perkembangan

Proses perkembangan berlaku mengikut aturan.
  • Contoh : perkembangan bayi mula dengan duduk dengan bantuan->merangkak->berdiri->berjalan.
  • Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak.
  • Contoh : dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik.
  • Contoh : Seorang bayi mengenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan.
  • Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar dahulu sebelum beransur ke otot-otot kecil.
Proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara berterusan.
  • Kanak-kanak menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran sedia ada dijadikan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru.
Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia adalah berbeza untuk setiap individu.
  • Contoh : ada kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang boleh berjalan pada umur 18 bulan.
  • Salah satu faktor perbezaan manusia yang boleh dilihat dalam sebuah bilik darjah.
Perkembangan adalah hasil interaksi antara kematangan dan pembelajaran.
  • Kematangan - kemunculan potensi sedia ada dalam seseorang individu. Dipengaruhi oleh faktor genetik.
  • Pembelajaran- hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. 
5. Faktor baka dan persekitaran.
Baka
  • merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anak. 
  • Trait yang diwarisi daripada ibu bapa terkandung dalam gen-gen ini.
  • Gen-gen ini menguasai perkembangan manusia dan adalah unik bagi setiap individu.
  • Contoh : saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna mata.
Persekitaran
  • merujuk kepada semua pengalaman seseorang individu.
  • Termasuk pengalaman sebelum dan selepas kelahiran.
  • Pengalaman sebelum lahir - pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu.
  • Pengalaman selepas kelahiran - pemakanan, taraf sosio-ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat
Genetik tingkah laku
  • bidang yang mengkaji tentang peranan baka dan persekitaran dalam perkembangan individu. 
  • Thomas J. Bouchard  Jr. menyokong pengaruh baka ke atas trait-trait seperti kecerdasan dan emosi. 
  • Faktor persekitaran memainkan peranan dalam perkembangan pada peringkat awal.
  • Pengaruh baka lebih menonjol apabila kanak-kanak mencapai awal dewasa. 
  • Aspek minat kerjaya lebih dipengaruhi oleh perkongsian pengalaman atau persekitaran.
  • Sesetengah penyakit dipengaruhi oleh genetik.
Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner
  • Persekitaran kanak-kanak terdiri daripada satu set sistem sosial yang kompleks dan saling berinteraksi.
Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner
  • Lima lapisan sistem
  • Mikrosistem -persekitaran terdekat dengan dunia kanak-kanak. Mewakili hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa, penjaga, adik-beradik, rakan, jiran dan guru. Faktor yang mempengaruhi kanak-kanak : (1) sikap ibu bapa (2) tingkah laku atau respon kanak-kanak (3) hubungan antara ibu bapa.
  • Mesosistem - melibatkan interkasi antara (1) ibu bapa dengan pengasuh, (2) ibu bapa dengan jiran,  (3) ibu bapa dengan sekolah, dan (4) sekolah dengan jiran.
  • Eksosistem - organisasi yang tidak melibatkan kanak-kanak tetapi mempunyai pengaruh secara langsung kepada kanak-kanak. Contoh : peraturan tempat kerja ibu bapa. Merangkumi saudara mara dan rakan ibu bapa yang dapat membantu keluarga.
  • Makrosistem - mewakili norma-norma, nilai dan amalan masyarakat.
  • Kronosistem - persekitaran tidak kekal sama dan berubah mengikut peredaran masa. Contoh : kehadiran anak baru dalam sesebuah keluarga. 
Sumber : Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. Perkembangan Kanak-kanak

FITRAH KEJADIAN MANUSIA Bg. 5

0
COM
Bismillahirrahmanirrahim.

*********************************
IMPLIKASI FITRAH KEJADIAN MANUSIA TERHADAP 
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Pendidikan : 
  • satu ruang yang menyediakan pelbagai peluang untuk memperkembangkan potensi individu.
  • persekitaran pembelajaran berkesan mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan bertindak balas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

2. Guru : 
  • berperanan membantu kanak-kanak menyerlahkan potensi yang terpendam.
  • Sifat-sifat yang ada dalam diri kanak-kanak seperti sifat ingin tahu, keterbukaan, daya cipta dan kebolehan menyelesaikan masalah perlu dipertingkatkan kerana dapat membantu kanak-kanak menyedari kebolehan diri sendiri. 

3. Implikasi :
  • Guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti kognitif yang dapat menggilap potensi intelek kanak-kanak. Contoh, penggunaan bahan maujud dalam pengiraan Matematik Tahun 1 dapt mengembangkan potensi murid untuk berfikir secara logik.
  • Aktiviti kokurikulum di sekolah membantu mengembangkan potensi murid dari segi bakat, sahsiah dan emosi yang baik. Contoh, sifat tolak ansur dan tolong-menolong dalam kerja kumpulan.
  • Pelbagaikan kaedah pengajaran dan aktiviti pengajaran selaras dengan gaya pembelajaran murid. Guru perlu merangsang murid untuk mengikuti proses p&p dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif dan menarik.
  • Guru perlu memperkukuhkan kekuatan dalaman murid. Contoh, kesediaan dan kesungguhan melaksanakan tugasan atau menjawab soalan. Elakkan membesarkan kesalahan murid. Hargai komitmen yang diberikan murid dan rangsang mereka untuk terus belajar.
  • Aspirasi sekolah yang menekankan kecemerlangan sukan bagi membantu murid-murid mengembangkan potensi jasmani. Murid berpeluang mempamerkan kemahiran psikomotor diri. 

Sumber : Haliza Hamzah, Joy N. Samuel. Perkembangan Kanak-kanak.